Arama yap

Ekim 3, 2025 — telesearch.me

Majlis Sukan Sekolah Johor

💬 Resmî TurkIfsaLife Telegram Kanalı 🔗 Katılmak için tıklayın
Telegram Katılmak İçin Tıkla: @turkifsalifee

Majlis Sukan Sekolah Johor

Recent Posts

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗔𝗛𝗥𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗦𝗞𝗣𝗣 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱

Program ini adalah kerjasama antara PSKPP Johor bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Semua warga pendidik termasuk AKP di bawah KPM yang ingin menonjolkan bakat yang telah lama terpendam. Boleh mengisi maklumat yang diperlukan melalui link di bawah :

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍
https://forms.gle/xteeybmyYcJ99ynp8

𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈/ 𝐀𝐊𝐏 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐒𝐊𝐏𝐏𝐉 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
https://t.me/+vGrb_HIptWpkNDJl

Surat pelepasan akan dikeluarkan untuk pegawai dan AKP yang terlibat.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟱 🔥📅

𝑩𝒊𝒔𝒎𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉..
Semoga tahun 2025 ini membawa kita ke arah yang lebih cemerlang. Semoga setiap langkah kita diberkati dan segala usaha yang dilakukan diberi kejayaan.

Selamat Tahun Baru, semoga semua impian kita tercapai untuk KEMENJADIAN MURID MELALUI SUKAN.

Hidup ini penuh dengan perkara yang kita genggam, kadang-kala terlalu lama, hingga ianya menyakitkan.

Tapi dikemuncak Disember ini, berhentilah sejenak. Renunglah apa yang membebankan hati.

Apakah semua itu benar-benar berbaloi untuk dibawa ke tahun baru?

Singkirkan apa yang menyakitkan. Padamkan kenangan yang melukakan. Buang jauh-jauh apa sahaja yang merendahkan nilai diri dan kebahagiaan anda.

Jangan biarkan ia mengekori langkah anda ke tahun 2025 yang bermula esok ❤️

𝕿𝖆𝖐𝖜𝖎𝖒 𝕸𝖆𝖏𝖑𝖎𝖘 𝕾𝖚𝖐𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖐𝖔𝖑𝖆𝖍 𝕸𝖆𝖑𝖆𝖞𝖘𝖎𝖆 𝕿𝖆𝖍𝖚𝖓 2025 🏆🎖

Berikut Merupakan Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bagi Tahun 2025. Surat Siaran boleh didapati melalui Channel Telegram MSSJ https://t.me/MSSJohor.

#𝑺𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑷𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏.

𝑲𝒆𝒈𝒊𝒈𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒈𝒂𝒈𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒓𝒆𝒔𝒕𝒂𝒔𝒊 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 🔥🔥🔥

𝕿𝖆𝖐𝖜𝖎𝖒 𝕸𝖆𝖏𝖑𝖎𝖘 𝕾𝖚𝖐𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖐𝖔𝖑𝖆𝖍 𝕵𝖔𝖍𝖔𝖗 𝕿𝖆𝖍𝖚𝖓 2025 🏆🎖

Berikut Merupakan Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) Bagi Tahun 2025. Surat Siaran boleh didapati melalui Channel Telegram MSSJ https://t.me/MSSJohor.

#𝑺𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑷𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏.

𝓚𝓮𝓳𝓪𝔂𝓪𝓪𝓷 𝓫𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓭𝓮𝓼𝓽𝓲𝓷𝓪𝓼𝓲, 𝓲𝓪 𝓪𝓭𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷🔥🔥🔥

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂
𝑫𝒊𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏-𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂, 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒂𝒉𝒊 𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻

𝙼𝙰𝙺𝙻𝚄𝙼𝙰𝙽 𝚃𝙰𝙺𝚆𝙸𝙼 𝙼𝙰𝙹𝙻𝙸𝚂 𝚂𝚄𝙺𝙰𝙽 𝚂𝙴𝙺𝙾𝙻𝙰𝙷 𝙼𝙰𝙻𝙰𝚈𝚂𝙸𝙰 (𝙼𝚂𝚂𝙼) 𝙳𝙰𝙽 𝙼𝙰𝙹𝙻𝙸𝚂 𝚂𝚄𝙺𝙰𝙽 𝚂𝙴𝙺𝙾𝙻𝙰𝙷 𝙹𝙾𝙷𝙾𝚁 (𝙼𝚂𝚂𝙹) 𝙱𝙰𝙶𝙸 𝚃𝙰𝙷𝚄𝙽 2025

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Sekolah Johor akan mengelola dan melaksanakan kejohanan sukan bagi sesi persekolahan 2025/2026 sebagaimana ketetapan dalam surat KPM.600-5/5/1 Jld.11(32) bertarikh 23 Disember 2024. Sebanyak 24 kejohanan sukan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12, 15 dan 18 tahun akan di pertandingkan.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Takwim Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) tahun 2025 untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Diharapkan pihak tuan dapat merancang dan melaksanakan program kecemerlangan sukan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

Segala kerjasama tuan/puan dalam merancang sukan di peringkat MSS Sekolah amatlah dihargai dan diucapkan penuh kesyukuran.

Sekian, terima kasih جزاك اللهُ خيرً

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗚𝗕𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗫 & 𝗧𝗔𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Majlis Sukan Sekolah Johor mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha kalian yang sentiasa meningkatkan kualiti permainan melalui kejohanan-kejohanan luar.

Berikut merupakan wajah-wajah pemenang dan juga pencapaian pasukan ragbi sekolah-sekolah di negeri ini ke Kejohanan Ragbi Penang X & Tag Tahun 2024 baru-baru ini :

12TKB
—–
CUP
Johan: Steenboks – Johor
Naib Johan: KoMuDa – Kedah
Ke-3: Penang All Blues B – Pulau Pinang
Ke-4: Setiawangsa Knights – Kuala Lumpur.

PLATE:
Johan: KL Saracence Red – Selangor
Naib Johan: Kandis Scorpion – Kelantan
Ke-3: Bukit Mewah Wolve – Johor
Ke-4: Melaka Jr – Melaka

BOWL:
Johan: Prides – Kedah
Naib Johan: KuBRA Lighting – Kedah
Ke-3: Cobrats Black – Selangor
Ke-4: BPJ Giants B – Kedah

SHIELD
Johan: Viking – Johor
Naib Johan: Binjalese Bear Alpha – Kedah
Ke-3: TJ Falcon – Perak
Ke-4: Raub Rugby – Pahang

FORK:
Johan: TK Tsunami – Perak
Naib Johan: Penang All Blues A – Pulau Pinang
Ke-3: KL Saracence Black – Selangor
Ke-4: Panthers Warrior – Kedah

SPOON
Johan: Elmina Bronco – Selangor
Naib Johan: BPJ Giants A – Kedah
Ke-3: Pendang Jerangkung – Kedah
Ke-4: Cobrats Gold – Selangor

10TKB
——
CUP
Johan: Thunderstorms – Johor
Naib Johan: GDS RC – Johor
Ke-3: Cobrats Black – Selangor
Ke-4: TJ Falcon – Perak

PLATE:
Johan: KuBRA Shark – Kedah
Naib Johan: Viking – Johor
Ke-3: Penang All Blues C – Pulau Pinang
Ke-4: Binjalese Bear Beta – Kedah

BOWL:
Johan: Setiawangsa Knights – Kuala Lumpur
Naib Johan: Penang All Blues D – Pulau Pinan
Ke-3: Elmina Bronco RC – Selangor
Ke-4: Cobrats Stingers – Selangor

See more posts